F I C T I O N

R E V I E W

T U T O

S Z E N I T H
FOLLOW


"So what if this worldly dunya full of obstacles . It's not even Jannah .”
- N

"Everyone grows as long as they live with time . But only some of them learn from it ."
- Hlovate
"Hidup ni kena pakai neraca Tuhan, hukum Tuhan . Bukan neraca dan hukum manusia ."
- Hlovate
Welcome!

Fadhlin. 18.
Growing and changing are parts of life .
*will update once a week*

written: Tuesday 14 April 2015 @ 19:39 ✿
0 comment[s]


Siap pun . Jemarinya dipatah-patahkan . Daripada tadi tak henti menulis siapkan report Kimia .  Lenguh . Cikgu pesan nak esok jugak by hook or by crook . Haih . 
 
"Kei ?"

"Erm ?" Matanya tak berganjak daripada pengiraan addmath . Gaya dia tekan kalkulator macam gaya The Hulk hentam dinding time nak buat grand entrance . 

"Apa impian kau ?"

Dia tersengih . Namun mata masih tak lari daripada penyelesaian addmath di atas kertas kajang .

"Random sangat lah kau ni . "

"Entah ." Lee tersengih .

*****
Nak cakap pasal cita-cita, impian dan harapan memang berkajang la weyh aku tulis . Nanti penat nak baca (bajet ada orang baca) . 

Straight to the point .

Sukacita dimaklumkan saya ingin menulis sebuah cerita pendek . Pendek lah erm . Yang bersambung-sambung ? Macam Chad and Qiden's story by Budak Tomato (kenapa Qiden ? Why you leave Chad ?) 

Aku dah lama berangan nak create novel . Serius . Tapi malangnya, aku ni tak konsisten . Kalau aku rasa nak tulis, aku tulis . My so-called-novel baru ada 10 pages then terbengkalai . Ahah . So serius aku fail bab novel ni sebab kena ada plot, character, yada yada yadaa . 

So this cerita pendek lebih kurang macam novel yang randomly written, plot character semua aci redah je (lebih kurang la sebab aku masih memikirkan segala effect kalau aku buat kerja ikut suka hati) . 

Nama ? Aku plan nak pakai je terus Kei dengan Lee sebab nama ialah part paling susah nak fikir (jadi aku malas nak fikir ok got it?)

Ahah . Sebenarnya ni plan sebelum start a new life as a foundation student lagi 2 bulan (amin) . Aku nak jugak impian kanak-kanak aku ni tercapai walaupun short story je . Aku tak kata aku stop writing lepas dah jadi student college, cuma masa tu mungkin limited sebab ye lah tanggungjawab dah bertambah . Aku taknak episod sedih aku meraung masa ambil slip result SPM berulang (walaupun orang kata result aku takde lah teruk sangat erm aku ada impian jugak taw ) . Ok takde lah sampai meraung, cuma bergenang air mata uhuk .

*****
"Impian aku, aku nak kahwin dengan orang yang sanggup benarkan aku join Aman Palestin ."

Kei terkedu . Perlahan dia memandang muka Lee yang bercahaya penuh semangat .

"Kalau aku, aku nak kahwin dengan kau, kalau kau perempuan lah ."

Lee menggenggan buku limanya menahan geram . Buku rujukan Kimia sudah diangkat, bersedia melibas belakang Kei .

Kei mengangkat kening double jerk "Apa ?"

"Aku serius kau buat main pulak ."

"Kau tu kacau aku buat addmath ."

Kei menjawab selamba dan meneruskan pengiraannya yang terbengkalai .















Labels: ,

Post a Comment